Orion Prokasih 1Mkasih4U

Orion Prokasih 1Mkasih4U

10/05/2013

Pengenalan Program

Program KIOSK PRO-KASIH ini dijalankan bagi tujuan membentuk usahawan-usahawan bumiputera dalam aliran penjagaan kesihatan dan juga perniagaan produk.

Tidak hanya memfokuskan pada pembukaan kiosk, para rakan kongsi juga akan diberi latihan berkaitan penjagaan kesihatan seperti penggunaan dan pengambilan serta tujuan dan peranan makanan tambahan (supplement), Ayurvedic dan lain-lain lagi.

Program ini hanya ditawarkan kepada golongan Bumiputera sahaja dan diharapkan dengan kesedaran tentang penjagaan kesihatan dapat membantu menghalang diri dari menghidap penyakit kronik di masa hadapan.

Para rakan kongsi akan dibentuk supaya dapat berdiri dengan sendiri serta menjadi rakan kongsi yang berjaya di masa akan datang.

Program ini mendapat sokongan penuh kerajaan dari pelbagai sektor seperti :
  • Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
  • Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  • Kementerian Dalam Negeri (KDN)
  • Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA)
  • Kelab Belia dan Sukan (KBS)
  • Majlis Belia Malaysia (MBM)
  • Komuniti Pembangunan Ekonomi dan Usahawan (EDEC)
  • Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Jabatan Imigresen Malaysia
  • Lain-lain.

No comments:

Post a Comment