Orion Prokasih 1Mkasih4U

Orion Prokasih 1Mkasih4U

17/09/2013

Maaf, jawatan sudah diisi.

Untuk makluman semua, pengambilan Doktor, Jururawat dan Pakar Pemakanan telah pun dihentikan kerana jawatan-jawatan tersebut sudah pun diisi. Terima kasih kepada semua pemohon. Bagi yang berjaya, tahniah kami ucapkan dan selamat datang ke keluarga Orion Prokasih. Manakala yang gagal pula, mungkin bukan rezeki anda untuk bersama kami. Walaubagaimanapun, diharapkan anda yang gagal jangan serik untuk mencuba lagi sekiranya kekosongan jawatan dibuka semula.

Kiosk Terkini

Assalam dan Salam Sejahtera,

Setelah beberapa bulan kiosk kami berehat dari operasi, kini kiosk kami telah mula beroperasi semula di Ruang Legar Bangunan MARA, Jalan Raja Laut bermula hari ini (17/09/2013). Kiosk akan dibuka kepada orang ramai pada jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang.

Kiosk seterusnya akan bermula pada 18/09/2013 hingga 27/09/2013 di Bangunan TEKUN, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Dengan bayaran sebanyak RM 25, anda boleh menjalani pemeriksaan kesihatan anda untuk mengetahui 6 jenis penyakit yang ada di dalam tubuh badan anda. Anda tidak perlu menunggu lama untuk keputusan tersebut kerana anda boleh mendapatkan keputusan hanya dalam beberapa minit sahaja. Doktor yang bertauliah akan membantu anda untuk memberi penerangan berkaitan keputusan pemeriksaan anda.

Mari luangkan masa anda untuk menjalani pemeriksaan kesihatan demi kesejahteraan hidup bersama.


Nota kaki : Ini adalah kiosk permulaan untuk Pengurusan. Kiosk-kiosk yang lain akan dibuka tidak lama lagi di lokasi-lokasi yang terpilih. Nantikan pembukaan kiosk-kiosk tersebut di kawasan anda. =)