Orion Prokasih 1Mkasih4U

Orion Prokasih 1Mkasih4U

26/10/2013

Kiosk Pemeriksaan Kesihatan di Gateway, Bangi

Orion Prokasih sedang mengadakan kiosk pemeriksaan kesihatan di ruang legar kompleks membeli belah Gateway di Bangi berdekatan dengan bangunan NIOSH, bermula dari Sabtu 26hb Oktober hingga Ahad 27hb Oktober 2013. Dari jam 10am hingga 10pm. Pemeriksaan kesihatan dengan harga serendah RM15 menanti anda dengan meliputi pelbagai sistem penting tubuh badan. Nasihat dan konsultasi dari para doktor kami juga disediakan.

25/10/2013

Aktiviti Kiosk Di Angkasapuri dan Kompleks Pertama

Pihak Orion Prokasih sedang mengadakan kiosk pemeriksaan kesihatan di Angkasapuri pada Jumaat, 25hb Oktober 2013. Manakala kiosk di Kompleks Pertama telah bermula sejak Isnin, 21hb Oktober 2013 hingga Sabtu 26hb Oktober 2013. Kepada yang berminat untuk memeriksa tahap kesihatan dengan pantas, murah, tanpa pengambilan darah serta menyeluruh, silalah berkunjung ke kiosk-kiosk kami yang berkenaan. Nasihat serta konsultasi dari para doktor kami juga disediakan.

21/10/2013

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Orion Prokasih Dgn PPIM & EDEC MBM serta Majlis Pelancaran 1Mkasih4U



Pada 9 Oktober 2013 yang lepas, bertempat di Tingkat Bawah, Wisma Lifecare telah berlangsungnya Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Orion Prokasih (M) Sdn. Bhd. dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Jawatankuasa Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Majlis Belia Malaysia (EDEC MBM).

Majlis tersebut turut merasmikan program 1Mkasih4U dan logo barunya.

Untuk berita penuh, sila klik mana-mana link di bawah :

1Mkasih4U Bakal Lahir Usahawan Kesihatan

1Mkasih4U Mampu Lahir Ramai Usahawan Bumiputera Berasaskan Kesihatan

Kerjasama Lahirkan Usahawan Bumiputera