Kami di Orion Prokasih memerlukan :
Unit : Pembangunan Produk & Pemasaran
Jawatan : Pegawai Pemasaran
Kriteria : Lelaki / Perempuan
Mempunyai kemahiran berkomunikasi
Mempunyai pengalaman dalam bidang pemasaran
Ramah, mudah mesra dan ceria
Cepat belajar
Fleksibel dengan hari dan masa bekerja
Unit : Unit Perancangan Kiosk
Jawatan : Penyelaras
Kriteria : Lelaki
Mempunyai kenderaan
Mahir dengan jalan-jalan di KL / Selangor / Putrajaya
Mempunyai kemahiran berkomunikasi
Mempunyai keyakinan diri
Boleh bekerja dalam keadaan pantas dan tekanan
Fleksibel dengan hari dan masa bekerja
Bagi yang berminat. sila hantar resume anda ke hr.prokasih@gmail.com. Di bahagian Subject sila isikan jawatan yang dipohon.
Orion Prokasih 1Mkasih4U
![Orion Prokasih 1Mkasih4U](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgcr5ELJcCDchiQYIa-xEzDBfzvSrqo5hXGQ8dLpuIWTv369BWhoGJc892ESPfStcT1ElAwGEkVjsmnNfx72Bs0s9vv4Z0GyN2fRUVM3dqc6HUMnm_ynqO1YmnuZ-WI2x1hk9lBlRmKZa8/s880/logo.jpg)
23/12/2013
UPDATE KIOSK TERKINI
Untuk makluman semua yang berminat untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dengan caj yang murah, bolehlah singgah di kiosk kami di :
Tempat : IPD Putrajaya
Masa : 10.00 pagi - 5.00 petang
Tarikh : 20 - 27 Disember 2013
Tempat : Majlis Bandaraya Shah Alam
Masa : 10.00 pagi - 5.00 petang
Tarikh : 23 Disember 2013 - 3 Januari 2014
Caj yang dikenakan adalah sebanyak RM 39 dan anda boleh mendapatkan 10 keputusan pemeriksaan kesihatan dalam masa satu minit sahaja. Anda akan dibantu oleh Penasihat Kesihatan untuk meneliti keputusan pemeriksaan tersebut.
Kami juga menawarkan produk-produk makanan tambahan yang sesuai untuk anda.
26/10/2013
Kiosk Pemeriksaan Kesihatan di Gateway, Bangi
Orion Prokasih sedang mengadakan kiosk pemeriksaan kesihatan di ruang legar kompleks membeli belah Gateway di Bangi berdekatan dengan bangunan NIOSH, bermula dari Sabtu 26hb Oktober hingga Ahad 27hb Oktober 2013. Dari jam 10am hingga 10pm. Pemeriksaan kesihatan dengan harga serendah RM15 menanti anda dengan meliputi pelbagai sistem penting tubuh badan. Nasihat dan konsultasi dari para doktor kami juga disediakan.
25/10/2013
Aktiviti Kiosk Di Angkasapuri dan Kompleks Pertama
Pihak Orion Prokasih sedang mengadakan kiosk pemeriksaan kesihatan di Angkasapuri pada Jumaat, 25hb Oktober 2013. Manakala kiosk di Kompleks Pertama telah bermula sejak Isnin, 21hb Oktober 2013 hingga Sabtu 26hb Oktober 2013. Kepada yang berminat untuk memeriksa tahap kesihatan dengan pantas, murah, tanpa pengambilan darah serta menyeluruh, silalah berkunjung ke kiosk-kiosk kami yang berkenaan. Nasihat serta konsultasi dari para doktor kami juga disediakan.
21/10/2013
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Orion Prokasih Dgn PPIM & EDEC MBM serta Majlis Pelancaran 1Mkasih4U
Pada 9 Oktober 2013 yang lepas, bertempat di Tingkat Bawah, Wisma Lifecare telah berlangsungnya Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Orion Prokasih (M) Sdn. Bhd. dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Jawatankuasa Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Majlis Belia Malaysia (EDEC MBM).
Majlis tersebut turut merasmikan program 1Mkasih4U dan logo barunya.
Untuk berita penuh, sila klik mana-mana link di bawah :
1Mkasih4U Bakal Lahir Usahawan Kesihatan
1Mkasih4U Mampu Lahir Ramai Usahawan Bumiputera Berasaskan Kesihatan
Kerjasama Lahirkan Usahawan Bumiputera
17/09/2013
Maaf, jawatan sudah diisi.
Untuk makluman semua, pengambilan Doktor, Jururawat dan Pakar Pemakanan telah pun dihentikan kerana jawatan-jawatan tersebut sudah pun diisi. Terima kasih kepada semua pemohon. Bagi yang berjaya, tahniah kami ucapkan dan selamat datang ke keluarga Orion Prokasih. Manakala yang gagal pula, mungkin bukan rezeki anda untuk bersama kami. Walaubagaimanapun, diharapkan anda yang gagal jangan serik untuk mencuba lagi sekiranya kekosongan jawatan dibuka semula.
Kiosk Terkini
Assalam dan Salam Sejahtera,
Setelah beberapa bulan kiosk kami berehat dari operasi, kini kiosk kami telah mula beroperasi semula di Ruang Legar Bangunan MARA, Jalan Raja Laut bermula hari ini (17/09/2013). Kiosk akan dibuka kepada orang ramai pada jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang.
Kiosk seterusnya akan bermula pada 18/09/2013 hingga 27/09/2013 di Bangunan TEKUN, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.
Dengan bayaran sebanyak RM 25, anda boleh menjalani pemeriksaan kesihatan anda untuk mengetahui 6 jenis penyakit yang ada di dalam tubuh badan anda. Anda tidak perlu menunggu lama untuk keputusan tersebut kerana anda boleh mendapatkan keputusan hanya dalam beberapa minit sahaja. Doktor yang bertauliah akan membantu anda untuk memberi penerangan berkaitan keputusan pemeriksaan anda.
Mari luangkan masa anda untuk menjalani pemeriksaan kesihatan demi kesejahteraan hidup bersama.
Nota kaki : Ini adalah kiosk permulaan untuk Pengurusan. Kiosk-kiosk yang lain akan dibuka tidak lama lagi di lokasi-lokasi yang terpilih. Nantikan pembukaan kiosk-kiosk tersebut di kawasan anda. =)

13/06/2013
KAKITANGAN PROFESIONAL DIPERLUKAN
Kami memerlukan kakitangan profesional yang bertauliah dan berdaftar dengan kadar segera. Kami memerlukan :
03/06/2013
Info Terkini
17/05/2013
6 Kelebihan Pengurus Kiosk
- Imbuhan pendapatan RM 4,000 setiap bulan
- Pemeriksaan kesihatan LBA dan 111 jenis pemeriksaan
- Waktu operasi hari Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang
14/05/2013
Kiosk Kesihatan 1Mkasih4U @ PPR Kerinchi
Kiosk Kesihatan 1Mkasih4U @ Bangunan Mara
Kiosk Kesihatan 1Mkasih4U @ Koperasi DBKL
Kiosk Kesihatan 1Mkasih4U @ Kementerian Dalam Negeri
Kiosk Kesihatan 1Mkasih4U @ Kementerian Belia & Sukan
Berikut adalah antara gambar-gambar program dan keadaan di Kiosk Kesihatan 1Mkasih4U yang telah diadakan di Kementerian Belia dan Sukan. Sambutan yang diberikan adalah amat menggalakkan.
![]() |
10/05/2013
Tenaga Kerja dan Kelengkapan
TENAGA KERJA
Tenaga kerja yang diperlukan bagi Kiosk PROKASIH ialah :
*1 Pengurus Kiosk
Tenaga kerja yang diperlukan bagi Kiosk PROKASIH ialah :
*1 Pengurus Kiosk
Modal dan Pusingan Modal
MODAL
RM 45,000.00 (Fasa 1)
PINJAMAN
Mana-mana institusi yang berkenaan dengan keusahawanan (mengikut terma dan syarat)
RM 45,000.00 (Fasa 1)
PINJAMAN
Mana-mana institusi yang berkenaan dengan keusahawanan (mengikut terma dan syarat)
Pengenalan Program
Program KIOSK PRO-KASIH ini dijalankan bagi tujuan membentuk usahawan-usahawan bumiputera dalam aliran penjagaan kesihatan dan juga perniagaan produk.
Subscribe to:
Posts (Atom)