Orion Prokasih 1Mkasih4U

Orion Prokasih 1Mkasih4U

23/12/2013

Jawatan Kosong

Kami di Orion Prokasih memerlukan :

Unit : Pembangunan Produk & Pemasaran
Jawatan : Pegawai Pemasaran
Kriteria :     Lelaki / Perempuan
                  Mempunyai kemahiran berkomunikasi
                  Mempunyai pengalaman dalam bidang pemasaran
                  Ramah, mudah mesra dan ceria
                  Cepat belajar
                  Fleksibel dengan hari dan masa bekerja

Unit : Unit Perancangan Kiosk
Jawatan : Penyelaras
Kriteria :      Lelaki
                   Mempunyai kenderaan
                   Mahir dengan jalan-jalan di KL / Selangor / Putrajaya
                   Mempunyai kemahiran berkomunikasi
                   Mempunyai keyakinan diri
                   Boleh bekerja dalam keadaan pantas dan tekanan
                   Fleksibel dengan hari dan masa bekerja

Bagi yang berminat. sila hantar resume anda ke hr.prokasih@gmail.com. Di bahagian Subject sila isikan jawatan yang dipohon.

UPDATE KIOSK TERKINI

Untuk makluman semua yang berminat untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dengan caj yang murah, bolehlah singgah di kiosk kami di :

Tempat : IPD Putrajaya
Masa : 10.00 pagi - 5.00 petang
Tarikh : 20 - 27 Disember 2013

Tempat : Majlis Bandaraya Shah Alam
Masa : 10.00 pagi - 5.00 petang
Tarikh : 23 Disember 2013 - 3 Januari 2014

Caj yang dikenakan adalah sebanyak RM 39 dan anda boleh mendapatkan 10 keputusan pemeriksaan kesihatan dalam masa satu minit sahaja. Anda akan dibantu oleh Penasihat Kesihatan untuk meneliti keputusan pemeriksaan tersebut.

Kami juga menawarkan produk-produk makanan tambahan yang sesuai untuk anda.

26/10/2013

Kiosk Pemeriksaan Kesihatan di Gateway, Bangi

Orion Prokasih sedang mengadakan kiosk pemeriksaan kesihatan di ruang legar kompleks membeli belah Gateway di Bangi berdekatan dengan bangunan NIOSH, bermula dari Sabtu 26hb Oktober hingga Ahad 27hb Oktober 2013. Dari jam 10am hingga 10pm. Pemeriksaan kesihatan dengan harga serendah RM15 menanti anda dengan meliputi pelbagai sistem penting tubuh badan. Nasihat dan konsultasi dari para doktor kami juga disediakan.

25/10/2013

Aktiviti Kiosk Di Angkasapuri dan Kompleks Pertama

Pihak Orion Prokasih sedang mengadakan kiosk pemeriksaan kesihatan di Angkasapuri pada Jumaat, 25hb Oktober 2013. Manakala kiosk di Kompleks Pertama telah bermula sejak Isnin, 21hb Oktober 2013 hingga Sabtu 26hb Oktober 2013. Kepada yang berminat untuk memeriksa tahap kesihatan dengan pantas, murah, tanpa pengambilan darah serta menyeluruh, silalah berkunjung ke kiosk-kiosk kami yang berkenaan. Nasihat serta konsultasi dari para doktor kami juga disediakan.

21/10/2013

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Orion Prokasih Dgn PPIM & EDEC MBM serta Majlis Pelancaran 1Mkasih4U



Pada 9 Oktober 2013 yang lepas, bertempat di Tingkat Bawah, Wisma Lifecare telah berlangsungnya Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Orion Prokasih (M) Sdn. Bhd. dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Jawatankuasa Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Majlis Belia Malaysia (EDEC MBM).

Majlis tersebut turut merasmikan program 1Mkasih4U dan logo barunya.

Untuk berita penuh, sila klik mana-mana link di bawah :

1Mkasih4U Bakal Lahir Usahawan Kesihatan

1Mkasih4U Mampu Lahir Ramai Usahawan Bumiputera Berasaskan Kesihatan

Kerjasama Lahirkan Usahawan Bumiputera

17/09/2013

Maaf, jawatan sudah diisi.

Untuk makluman semua, pengambilan Doktor, Jururawat dan Pakar Pemakanan telah pun dihentikan kerana jawatan-jawatan tersebut sudah pun diisi. Terima kasih kepada semua pemohon. Bagi yang berjaya, tahniah kami ucapkan dan selamat datang ke keluarga Orion Prokasih. Manakala yang gagal pula, mungkin bukan rezeki anda untuk bersama kami. Walaubagaimanapun, diharapkan anda yang gagal jangan serik untuk mencuba lagi sekiranya kekosongan jawatan dibuka semula.

Kiosk Terkini

Assalam dan Salam Sejahtera,

Setelah beberapa bulan kiosk kami berehat dari operasi, kini kiosk kami telah mula beroperasi semula di Ruang Legar Bangunan MARA, Jalan Raja Laut bermula hari ini (17/09/2013). Kiosk akan dibuka kepada orang ramai pada jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang.

Kiosk seterusnya akan bermula pada 18/09/2013 hingga 27/09/2013 di Bangunan TEKUN, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Dengan bayaran sebanyak RM 25, anda boleh menjalani pemeriksaan kesihatan anda untuk mengetahui 6 jenis penyakit yang ada di dalam tubuh badan anda. Anda tidak perlu menunggu lama untuk keputusan tersebut kerana anda boleh mendapatkan keputusan hanya dalam beberapa minit sahaja. Doktor yang bertauliah akan membantu anda untuk memberi penerangan berkaitan keputusan pemeriksaan anda.

Mari luangkan masa anda untuk menjalani pemeriksaan kesihatan demi kesejahteraan hidup bersama.


Nota kaki : Ini adalah kiosk permulaan untuk Pengurusan. Kiosk-kiosk yang lain akan dibuka tidak lama lagi di lokasi-lokasi yang terpilih. Nantikan pembukaan kiosk-kiosk tersebut di kawasan anda. =)